Ehem Ehem



Assalamualaikum.. Holla !
Nak story something ni weyh !
aku kenal 'someone new' dekat sini.. omg ! omg ! aku tak tahu nak cerita macam mana pasal dia..
hmm, kenal daripada wechat. biasalah, look around ! so dia budak poli ni jugak.. senior sem 5, budak Jabatan Kejuteraan Mekanikal..
bak kata megat, selera aku tinggi.. cari sampai sem 5 ! hahahaha, dah rezeki aku.. aku terima dengan hati terbuka.. hahaha..
hubungan serius ?! oh, tidaklah.. Encik Saiful Ikhsan masih bertaktha dihati ku :)
Am (bukan nama sebenar) HAHAHAHAHA.. seorang insan yang sangat baik, matang, memahami.. and calon suami yang terbaik.. wahhh \o/
ini kalau dia baca ni, pengsan bangun balik agaknya ! hahaha..
dia pemberi semangat taktala aku jatuh bergolek2.. ketika aku putus asa.. sangat caring..
Dia tempat mengadu aku.. Aku tempat mengadu dia.. Kiranya masing2 share masalah masing2.. Aku tolong dia, dia tolong aku..
Apa yang aku suka pasal dia, dia hormat cara aku berkawan dengan dia.. Dia setuju yang sepanjang berkawan, kami tak akan berjumpa !
Even masing2 pernah terserempak dekat area2 poli, dua2 buat2 tak nampak.. Bajet malu gitu, hahaha :D
Hari tu masa makan dekat cafe, tetiba wechat daripada dia masuk "hye budak baju Harimau Selatan, jangan makan sambil bercakap !" HAHAHA..
Bagi aku, cara ktorg sweet sangat.. Sama macam org lain, belanja makan.. Tolong belikan itu ini, pinjam buku.. Tukar2 movie..
TETAPI cara ktorg lain sikit ! Setiap kali nak bagi barang, ktorg akan letak dekat satu tempat.. So pandai2lah pergi ambik :D
Aku lapar ?! Dia belikan burger then letak dekat situ.. Dia nak new movie ?! Aku letak pandrive aku dekat situ..
Aku sakit ?! Dia letak ubat utk aku.. Raya aidiladha hari tu.. aku bagi ketupat dkt dia ! aku letak dekat situ.. HAHAHA..
Yang cool nya, setiap kali aku merajuk.. Dia akan letak choki2 dekat situ.. Nak pujuklah konon, hahaha :D
Setiap kali buat pape, mesti tangkap gambar then sent.. Apa yang dia makan dia hantar gambar kat aku.. Dia keluar pergi mana2 pun dia hantar gambar..
Tadi, dia otw balik cuti sem.. Hujan lebat, dia berteduh kat tepi jalan.. Sempat lagi sent gambar dia dgn motor kesayangan dia tu kat aku..
Dah lah buat muka comel, aku lempang satgi apa pun tak dapat :D And macam tu jugaklah aku.. Pape yang aku buat, aku akan sent gambar..
Minggu final exam, study sesama dengan dia.. Tapi dalam wechat lah ! Hahaha.. unik tak unik lah weyh..
Dia hantar gambar meja dia yang bersepah dengan kertas, aku pun hantar gambar meja aku jugak.. Hahahaha.. memang best !
And yang paling the best, ktorg takde number phone masing2.. what the %$^& right ?! Zaman sekarang berkawan tak tukar2 number phone ??
Sukar dipercayai tapi itulah hakikatnya.. Wechat jelah satu2nya penghubung kami.. Tapi aku suka macam ni ! Tak tahu kenapa..
Even kadang2 tu tertunggu2 lah jugak.. Ahaha.. Bilalah mamat ni nak mintak number phone aku ! Tak kan aku pulak yang nak mintak ???? Malu woi !
Tapi next sem dia dah sem 6.. Hmm, sekejap je dia nak pergi dah.. Rasa sedih pun eyea.. Dah hilang seorang kawan nanti !
Aku ada perasaan kat dia ?? Hmm, secara jujurnya, SUKA TU MEMANG ADA TAPI TAK LEBIH DARIPADA SEORANG KAWAN.. hmm, bolehkan macam tu ? :)
Nak tergelak jugak bila roomate aku cakap, aku sekarang ni selalu sangat tersengih sorg2.. Angaukah aku ?! Oh tidak sama sekali..
Cuma tercuit dengan telatah dia.. Huhu.. Ok, stop story about him.. Dah tersedak2 agaknya dia dekat Sabak Bernam tu..
Enough for now,
xoxo :p

1 comment:

SyahQina. said...

sweet nye cter die.. hahhaa.. bgus dik akak ni stia pd en saiful ek..

COPYRIGHT@SEGALA YANG DITULIS DIATAS HAK MILIK CIK FATIN AFIFAH