Kesian kepada lelaki tak hensem

Kesian kepada lelaki tak hensem?? haa yelah,, nak taw kenapa? meh bace entri ni..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…

kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect

kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang

kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam

kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar

kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen

kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on

kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

P/s: Kepada yang tak hensem tu jangan amik hati ye.. gurauan semata-mata, ekeke.. tapi macam betul je kenyataan ni ekk?? lol

Maksud Tersirat Sebalik Ayat Seorang Wanita


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
P/s : hahaha, patutla wanita ni tak suka cakap terus terang..hahaha

Smile :)

Ni lahh yang jadi bila si katak dilanda k'bosanan :)
hehehe , enjoyy !!


yg ni sume cik katak SUKA :)


sume cik katak TAK SUKA !
HAHAHAHA :D


cik katak SAYANG mereka :)
sorry , cik katak cuma ada gambar mereka !
yang lain pown cik katak sayang lahh !


wif my lovely X3 and angry bird :)

our 3rd month anniversary


sumpah gila sweet dowg ny ..
dua2 comel seyh !
like ! like ! like !
tapi agak tak boleh blahh ..
baru 3 bulan dah wt gini ..
lau 3 tahun yer lahh gak en ?

takku sangka takku duga- my 5yr old cousin :)


Ok fine ..
mereka t'sgt lahh comel !
d'ulangi , MEREKA COMEL ..
:D

Kucing Kejutkan Kawannya..Tapi....


waaa , sumpah sedih gler video ny !!!!!
syahdu sgt :'(
dye try gak bgon kn kucing tux tapi ......
wwwaaaaaa , SEDIHH :'''''''(

Buat M.S.I

Dengan ini , saya ..
NUR FATIN AFIFAH ..
ingin mengundur kan diri ..
dari kehidupan awak ..

saya memohon maaf di atas segala kesalahan saya ..
saya mohon segala nya dihalalkan ..

pengunduran saya bukan kerana
kehadiran insan lain ..
tetapi kerana ingin menenangkan diri
buat sementara waktu ..

saya mohon ,
sewaktu ketiadaan saya ..
awak menjaga diri awak sebaik-baik nya ..

pengunduran saya ini tidak bermakna
saya tidak sayang kan awak lagi ..
tetapi ..
demi hubungan kita ..
saya harus pergi ..
pergi untuk membaiki diri ini ..

saya berjanji ..
satu hari saya akan kembali pada awak ..
saya tahu ..
saya tak boleh tanpa awak ..

mungkin saya akan menghilang cuma sehari dua ..
ya , itulah kenyataan nya ..
saya tak kan pergi lama ..
kerana ..
saya akan rindu kan awak ..

awak nak tahu ..
saya sayang kan awak sangat2 ..
cuma ..
tanpa awak sedari ..
awak banyak kecewa kan saya ..
hati saya sakit sangat awak ..
tapi , ada sebab kenapa saya tak nak bagitahu awak ..
saya tahu jawapan awak ..
awak akan cakap saya ni leceh ..
semua yang awak nak buat ..
saya tak bagi ..

awak , ada ke perempuan
yang gembira tengok kekasih
dia dengan orang lain ?
saya sakit awak ! sakit sangat !
sedang kan saya pun tak macam tu ..
saya tahu had saya !
saya sedar saya ada awak !
saya tak kan lebih2 !

tapi awak ?
pernah awak fikir kan pasal saya ?
perasaan saya ?
TAK PERNAH !!!
tapi pernah saya tegur ?
tak ..
sebab saya takut ..
takut hilang awak ..

bodoh kan saya awak ??
rela sakit demi awak ?
bangang kan saya awak ?
sebab 
sayang awak sangat2 ?

awak ..
saya sayang awak ..
tunggu saya ye awak :')

Sirna Rasa Itu



Pada ketika hati disapa amarah
Mengutus taufan benci
Tiada lagi tersua senyum
Pada jendela bibir
Tiada lagi tawa menghibur lara
Tiada lagi mengundang bicara
Bisu membatu segala

Jangan terbiar sungai kasih
Dituba dek sengketa
Kelak terkapar isi dalamnya
Mencemar pada air mengalir
Yang membawa suratan indah

Jangan biarkan indah itu tersia
Sirna ditelan ego menggila

Luahan Rasa Hati :

NUR FATIN AFIFAH
2.33 pm
COPYRIGHT@SEGALA YANG DITULIS DIATAS HAK MILIK CIK FATIN AFIFAH